Jom buat sendiri roti canai, martabak dan banyak lagi.


Kini, anda juga mampu membuat roti canai sehebat kedai mamak.

Malah menjana pendapatan lumayan dengan bisnes murtabak

atau pendapatan sampingan melalui roti canai segera.





Mohd Hairul Hissam
STAR CREATIVE CENTER (JM0570510-X)

SEBAB UTAMA PAKEJ INI DIHASILKAN....

Secara jujur, Pakej Lengkap Resepi Roti Canai ini dihasilkan di atas permintaan pembeli produk Pakej Taufufah saya.  Oleh kerana saya telah biasa membuat roti canai semenjak sekolah menengah lagi. Ditambah lagi pengalaman saya bekerja di hotel dan restoran dibidang masakan. Dari segala ilmu dan pengalaman ini, maka terhasilah Pakej Lengkap Resepi Roti Canai. Pakej ini akan mengajar anda dari A to Z segala yang diperlukan di dalam pembuatan roti canai dan martabak berkualiti.

Apa Kata Pembeli Sebenar






Teruskan membaca kerana banyak lagi testimonial pembeli sebenar didalam

Roti Canai dan Martabak memang popular

Ya inilah makanan yang paling disukai ramai pada waktu pagi, petang dan malam. Yang paling diminati tidak mengira kaum, bangsa, usia atau jantina. Ia merupakan makanan FAVORITE rakyat Malaysia. Tidak hairanlah dimana-mana kedai makan  dan pasar malam pasti ada menjualnya.

Ini menunjukkan permintaan roti canai dan martabak cukup tinggi. Inilah bisnes yang paling menguntungkan dan stabil. Ia juga boleh dilakukan secara part time melalui bisnes roti canai segera.


Bagaimana anda boleh untung bersih RM3 ribu dengan bisnes murtabak.......

Ramai yang tidak menyedari potensi bisnes roti canai yang amat menguntungkan. Ia memang lumayan. Tahukah anda kos sekeping roti canai kosong dengan kuahnya lebih kurang 25 sen sahaja. Manakala Kos sekeping murtabak saiz sederhana tidak sampai RM1.00. Jom lihat untung kasarnya.

Murtabak Saiz Sederhana
Harga Jualan: RM3.00
Kos: RM1.00
Untung Kasar: RM2.00

Dengan hanya menjual 100 keping sehari sahaja, anda boleh untung RM200 setiap hari. Jika anda berniaga 5 hari seminggu, jumlah keuntungan RM4,000 sebulan. Wow, RM 4 ribu tu. Dan selepas ditolak kos operasi, duit minyak dan sebagainya, anda boleh untung bersih dalam RM3 ribu sebulan.

Itu baru jual 100 keping sehari. Di pasar malam yang ramai orang, anda boleh jual lebih dari itu dengan keuntungan yang lebih lagi. Manakala jika anda menjual murtabak saiz besar dengan harga lebih RM5.00. Margin keuntungannya lebih besar. Memang ramai tidak menyedari keuntungan bisnes murtabak ini.




Jika anda bekerja, mulakan dengan part time...

Jika anda masih bekerja, anda boleh menjalankan bisnes murtabak pada hari cuti atau hari ahad. Saya yakin dalam beberapa minggu, anda akan lihat keuntungannya. Apabila anda benar-benar yakin, barulah usahakan bisnes murtabak secara fulltime. Dengan berniaga 5 hari seminggu sahaja, keuntungannya berlipat kali ganda dari gaji anda sebelum ini. P/s: Lepas ini, tiada lagi tekanan dari bos atau rakan sekerja anda.


ADA LAGI......

Sarapan pagi untuk keluarga, kini lebih mudah

Memang cukup mudah menyediakan sarapan pagi berkhasiat dengan roti canai. Kelebihan roti canai, ia boleh disimpan di dalam peti sejuk. Ia boleh disimpan samada belum masak atau separuh masak. Ia tahan lebih seminggu di dalam peti sejuk.

Apa kata, hari ahad anda menyediakan roti canai bersama keluarga. Tentu seronok membuatnya bersama keluarga. Dan simpan untuk stok seminggu. Pagi-pagi, anda hanya perlu panaskan. Mudah bukan. Tidak perlulah lagi kelam kabut menyediakan sarapan untuk keluarga. Anda boleh menikmatinya dengan gula, susu pekat, jem atau madu. Memang menyelerakan.




Macam masuk kelas kulinari belajar buat roti canai


Saya, suami dan anak2 memang pengemar roti canai. Pernah juga anak bertanya kenapa tak buat sendiri. Semenjak tu saya mencari resepinya di majalah dan internet. Malangnya resepi dari majalah, ringkas dan kurang enak. Tapi video dari resepiroticanai.com ni memang terperinci. Macam masuk kelas kulinari pengkhususan buat roti canai pulak. Siap dengan video yang jelas & lengkap lagi.

Selain roti canai, banyak lagi jenis roti canai diajar macam murtabak. Yang paling saya suka, cara buat roti canai frozen. Cara buat kuah dhal dan sambal roti canai pun ada. Malah pengiraan kos turut diajar. Yang paling mantop sekali ialah tips dan panduan untuk menghasilkan roti canai yg lembut, sedap & gebu. Pada saya, memang lengkap.

Selepas ini bolehlah saya hidangkan macam2 jenis roti canai, murtabak utk suami & anak2 dengan hasil air tangan sendiri. Tak payah susah2 pergi mamak lagi. Makan yang mama buat pun sedap.

Ikhlas dari,
Nor Azlina Binti Arde (Pn Nazlin)
www.nazlinshop.com




Berminatlah Hairul, tapi susah ke nak buatnya?

Sebenarnya proses membuat roti canai tidaklah rumit. Anda hanya perlu mengaul bahan, menguli doh, menebar dan mengoreng roti canai. Dengan hanya beberapa langkah, roti canai siap untuk dimakan. Masa menguli pula tidaklah lama. Hanya dalam 20 minit sahaja, menguli menggunakan tangan. 

Manakala bahan-bahannya mudah didapati di supermarket. Tepung, susu, telur, garam, minyak sapi, marjerin dan lain-lain mudah dibeli di pasaraya. Namun teknik yang betul sahaja menjadikan roti canai anda lembut dan enak dimakan. Semuanya diajar dari asas sehingga pandai melalui 8 modul yang menarik.



Belajar ngan video je. Boleh pandai menebar ke?

Adik comel tu pun boleh menebar, tak kan awak tak boleh kot :P. Memang benar, part yang mencabar dalam membuat roti canai ialah menebar. Jika anda tidak pandai menebar, roti canai anda kurang lembut dan kurang berlapis. Oleh itu, saya menyediakan satu latihan yang komprehensif melalui Video Interaktif step by step. Anda dijamin pandai.

Untuk permulaan, anda tidak boleh terus menebar pada doh roti canai. Tetapi anda perlu berlatih dan melembutkan tangan anda menggunakan bahan lain. Dengan ini, anda boleh berlatih berulang kali. Setelah anda yakin, barulah menebar pada doh roti canai.  Cara ini sangat berkesan untuk anda pandai menebar roti canai dengan lebih cepat.


Bagaimana peralatannya pula Hairul?

Terdapat dua teknik yang akan diajar iaitu menggunakan tangan dan menggunakan mesin mixer. Jika menggunakan tangan, peralatan yang diperlukan ialah bekas plastik untuk mengaul bahan-bahan. Meja untuk menguli dan menebar roti canai. Dapur dan kuali untuk memasak roti canai. Saya yakin peralatan ini telah sedia ada di dalam rumah anda. Jika tiada, boleh beli dengan mudah dipasaraya.

Jika anda menggunakan mesin mixer, lagilah mudah. Anda hanya memerlukan meja untuk menebar roti canai dan dapur untuk memasak roti canai sahaja. Cara mengendalikan mesin mixer ditunjukkan melalui video step by step. Mesin mixer sesuai digunakan jika anda ingin memulakan bisnes roti canai.



Semuanya ditunjukkan dari A-Z membuat roti canai


Panduan membuat roti canai yang disediakan oleh saudara Hairul Hissam dalam pakej ini sangat lengkap. Semuanya diterangkan di dalam bentuk Video Ebook yang disusun dengan teratur, mudah dan senang diikuti.

Anda tidak perlu pening-pening lagi kerana semuanya ditunjukkan dari A-Z dalam menyediakan roti canai yang sedap, lembut, dan enak dimakan. Cara pembelajarannya mudah dipahami. Malahan anda boleh menjadi pakar di dalam bidang makanan ini dengan mengikut langkah demi langkah di dalam video pakej ini.

Saya sendiri tidak menyangka sebenarnya mudah untuk membuat roti canai dengan hanya mengikuti panduan video pakej ini. Saya pasti sesiapa sahaja mampu membuat roti canai pertama, walaupun tiada pengalaman membuat roti canai sebelum ini. Buat roti canai pertama anda dari rumah hari ini!

Ikhlas,
Faizul Noor
www.faizulnoor.com




Nak tengok sample dulu lah Hairul?

Sebelum anda terus membaca. Tonton video ini terlebih dahulu. Jom lihat roti canai yang bakal anda hasilkan. Adakah roti canai ini yang anda mahukan?. Dan lihat sendiri 8 modul yang berharga di dalam pakej ini. Klik pada video dibawah.




Siapakah memerlukan Pakej Roti Canai ini.



Mereka yang berminat membuat sendiri roti canai yang lembut dan enak untuk keluarga tercinta. Tentu lebih bersih, suci dan menyihatkan jika dibuat sendiri.
Ibu bapa yang ingin menyediakan sarapan pagi berkhasiat untuk anak-anak. Roti canai yang belum dimasak boleh disimpan di dalam peti sejuk dan tahan lebih seminggu.
Mereka yang berminat memulakan perniagaan roti canai. Modal perniagaan roti canai amatlah rendah. Peralatannya telah sedia ada dirumah anda. Anda boleh terus memulakan perniagaan ini.
Mereka yang berminat bekerja sebagai penebar roti canai. Gaji penebar roti canai juga lumayan. Satu ilmu yang cukup berharga.
Suri rumah atau pekerja yang ingin menambahkan pendapatan sampingan melalui jualan roti canai segera. Anda boleh buat pada waktu malam dan letakkan di gerai berhampiran.
Pelajar yang ingin mencari wang tambahan dengan menjual roti canai. Ia bukan sahaja mengurangkan beban kewangan anda malah menjana pendapatan sampingan yang lumayan.



MEMPERKENALKAN

Pakej Lengkap Aneka Roti Canai & Murtabak


Pakej ini merupakan video ebook yang mengandungi gabungan video, gambar dan text pembelajaran. Cara ini terbukti sangat membantu anda belajar membuat aneka roti canai dengan lebih cepat. Melalui 8 modul yang menarik, anda akan diajar membuat pelbagai aneka roti canai yang menarik. Jom lihat 8 modul yang menarik ini.







MODUL 1 : MEMBUAT ROTI CANAI ORIGINAL

Di dalam modul ini, anda akan ditunjukkan cara membuat doh roti canai dengan jelas. Dari membancuh, mengaul, menguli sehingga menghasilkan doh roti canai yang lembut dan kenyal.  Kita akan menggunakan tangan dalam menghasilkan doh roti canai ini sebelum ia ditebar. Bahan-bahan yang diperlukan juga ditunjukkan satu persatu dengan jelas.








MODUL 2 : TEKNIK MENEBAR ROTI CANAI

Di dalam modul ini, anda akan diajar teknik yang betul dalam menebar roti canai. Untuk memudahkan anda mahir menebar, kita akan membuat latihan kepada bahan lain. Ini merupakan sesi latihan melembutkan tangan sebelum anda menebar pada doh roti canai. Cara ini amat berkesan dan membantu anda mahir menebar doh roti canai. Semuanya ditunjukkan melalui video step by step.








MODUL 3 : MENGENDALIKAN MESIN PENGULI

Di dalam modul ini anda akan diajar secara terperinci menggunakan mesin mixer. Mesin ini memudahkan kerja-kerja menguli tepung dengan lebih baik. Anda akan ditunjukkan cara mengendalikan mesin mixer ini melalui video step by step.

Jika anda berminat memulakan perniagaan roti canai, elok dapatkan sebuah mesin mixer ini. Harganya tidaklah mahal dalam seribu lebih untuk buatan China. Buatan China juga tahan lama jika digunakan dengan betul. Ramai peniaga menggunakan buatan China. Namun jika anda tiada modal, boleh menggunakan tangan sahaja.








MODUL 4 : MEMBUAT ANEKA ROTI CANAI

Sebenarnya anda boleh mempelbagaikan roti canai anda mengikut citarasa anda. Memang menyeronokkan. Di dalam modul ini anda akan ditunjukkan cara membuat roti canai bom, roti canai telur, roti canai pisang, roti canai sardin, roti canai bawang, roti canai sosej with mix vege, roti canai jem strawbery, kaya dan peanut butter. Semuanya melalui video step by step.








MODUL 5 : MEMBUAT ROTI CANAI SEGERA

Tahukan anda, roti canai segera semakin mendapat tempat di hati pengguna. Kerana ia memudahkan pengguna menyediakan sarapan pagi. Di dalam modul ini anda akan diajar teknik yang betul membuat roti canai segera. Caranya berbeza dengan roti canai biasa. Anda juga diajar cara membungkus roti canai segera dan peralatan yang diperlukan.








MODUL 6 : MEMBUAT ANEKA MARTABAK

Di dalam modul ini, anda akan belajar membuat martabak ayam, martabak daging dan martabak maggi. Anda turut diajar membuat inti martabak yang sedap, lemak dan lazat. Teknik mencincang daging, cara memasak inti dan teknik menabur inti martabak ditunjukkan step by step. Semuanya melalui video interaktif step by step.








MODUL 7 : PENGIRAAN KOS ROTI CANAI

Di dalam modul ini, kita akan menggunakan Ms Excel dalam pengiraan kos roti canai anda. Memang mudah mengira kos menggunakan perisian Ms Excel ini. Jangan risau, kerana setiap komputer pasti memiliki perisian Ms Excel ini. Cuma jarang digunakan. Melalui video step by step, anda akan ditunjukkan cara menggira kos dan keuntungan roti canai anda.








MODUL 8 : MEMBUAT KUAH ROTI CANAI

Terdapat tiga jenis kuah roti canai yang diajar di dalam modul ini. Iaitu Kuah kari ayam, kuah dhall dan sambal ikan bilis. Semuanya diajar dari menumis sehingga siap kuah yang sedap dan lazat. Saya akan menggunakan video step by step supaya memudahkan anda belajar.




Kelebihan Belajar Melalui Video Step By Step

Sebenarnya belajar melalui video jauh lebih baik. Melalui video anda boleh belajar dan tonton berulang kali sehingga mahir. Jika terlupa, boleh tonton semula. Malah anak-anak anda juga boleh belajar melaluinya. Dengan ini anda boleh belajar dengan terperinci dan step by step. Jaminan saya, anda pasti pandai. Kerana saya  telah menghasilkan video tutorial pembelajaran semenjak 2009.



Pengalaman Mengelikan Di Kedai Mamak.. uweek..


Saya, isteri dan anak saya (sekarang berumur 1 tahun 3 bulan) adalah peminat tegar roti canai. Biasanya 2 atau 3 kali seminggu, kami akan pergi ke kedai mamak berdekatan untuk menikmati roti canai.


Tapi ada 1 peristiwa telah berlaku. Nak tahu peristiwa apa itu?

Sebenarnya, kami telah terjumpa beberapa helai 'bulu' (tak pasti bulu di bahagian mana..huhu) dalam roti canai yang kami makan di sebuah kedai mamak di Kuala Lumpur. (uweekkkk...geli geleman rasanya bila teringat peristiwa itu).

Sejak dari itu, kami memang betul-betul serik untuk makan roti canai di kedai mamak. Walaupun roti canai adalah salah satu makanan kegemaran kami, tapi malang sekali, peristiwa itu masih menghantui kami sehingga kini.

Namun, Alhamdulillah, baru-baru ini, saya telah mendapatkan 1 produk daripada En Hairul iaitu "DVD Pakej Lengkap Roti Canai".

Daripada DVD ini, saya telah mempelajari selok belok bagaimana membuat roti canai yang enak. Penerangan dan demo yang ditunjukkan dalam DVD tersebut sangat mudah difahami, begitu mudah diikuti dan sangat-sangat praktikal. 

Yang paling saya suka tentang DVD ini ialah, saya boleh ulang tengok semula apa yang saya kurang faham. Dan kemudian, saya cuba tiru apa yang ditunjukkan.

Dengan hanya 3 kali tengok dan cuba saja, saya kini sudah pandai untuk membuat roti canai yang enak dengan begitu mudah sekali.

Sekarang, saya dah tak perlu risau untuk ke kedai mamak hanya semata-mata nak makan roti canai. InsyaAllah, selepas pada ini, kalau kami (isteri dan anak saya) teringin saja nak makan roti canai, saya lah yang akan buatkan untuk mereka. Malah, bukan hanya roti canai (roti kosong) saja, kalau mereka nak makan roti telur, roti sardin, roti pisang atau murtabak sekalipun, saya mampu untuk membuatnya insyaAllah.

Pastinya roti canai yang dimasak sendiri adalah HALAL lagi SUCI. Tiada lagi bulu mamak. Tiada lagi peluh mamak yang meleleh masuk dalam roti canai yang diuli. huhuhu

InsyaAllah, roti canai yang diuli,ditebar dan dimasak oleh kita sendiri, selain daripada rasanya yang jauh lebih enak, halal lagi suci, malah ianya penuh dengan rasa kasih sayang yang menambah hubungan mesra suami isteri. 

Saya mencadangkan, setiap 1 keluarga MESTI memiliki DVD ini bagi mempelajari cara membuat roti canai sendiri. Dapatkan, pelajari dan cubalah buat sendiri. InsyaAllah sekali anda pandai buat roti canai sendiri, anda pasti tak akan mahu lagi makan roti canai mamak.

Ikhlas dari,
GH Syukri @ PakarHowTo-
www.pakarhowto.com







Panduan Untuk Peniaga Roti Canai


Setelah saya membaca dan menonton video Pakej Lengkap Membuat Roti Canai oleh Mohd. Hairul Hissam. Saya dapati pakej ini menyediakan tutorial video langkah demi langkah yang lengkap dalam membuat aneka roti canai yang lembut dan rangup. Teknik menebar juga ditunjukkan dengan terperinci langkah demi langkah. Bukan itu sahaja, pakej ini juga disertai panduan membuat perniagaan roti canai termasuk rekod pengiraan kos.

Saya dapati, pakej ini sangat berguna untuk anda yang ingin mencuba pelbagai resepi masakan roti canai dan sangat sesuai dijadikan panduan oleh peniaga roti canai atau anda yang baru memulakan perniagaan roti canai dengan berkesan.

Ikhlas
Wan  Norizan Hj. Abdul Hamid
www.kedaikainonline.com




Kos sekeping roti canai baru 25 sen je

Ya, kos sekeping roti canai berserta kuahnya dalam sekitar 25 sen sahaja. Lihat betapa untungnya kedai mamak menjualnya. Mengapa tidak anda menjualnya dan mengaut keuntungan yang lumayan daripadanya?


Pendapatan sampingan dengan roti canai

Adakah anda tercari-cari pendapatan sampingan membantu keluarga anda. Bisnes roti canai segera adalah yang terbaik. Anda boleh membuat roti canai segera pada bila-bila masa. Kemudian ia dibungkus dan dijual. Anda hanya perlu meletakkan di kedai-kedai yang berhampiran. Anda juga boleh membuat roti canai dengan skala yang besar dan meletakkan di merata kedai-kedai ditempat anda. Satu pendapatan sampingan yang lumayan.



Inilah persediaan jika anda kehilangan pekerjaan

Pernahkah anda terfikir sekiranya anda kehilangan pekerjaan suatu hari nanti. Bagaimana jika kilang tempat bekerja anda ditutup atau berpindah. Ramai yang telah mengalami nasib seperti ini. Bagaimana jika berlaku pada diri anda suatu hari nanti. Bagaimana anak-anak dan keluarga anda. Adakah anda sanggup membiarkan mereka kesusahan dan kelaparan.

Inilah masa terbaik mempelajari ilmu yang membolehkan anda 'survive' dalam apa juga keadaan. Bersiap sedia dari sekarang. Ilmu masakan adalah yang terbaik membantu menjana pendapatan. Bisnes roti canai mudah dimulakan dengan modal yang rendah. Kos memulakannya amat rendah dan peralatannya telah sedia ada di rumah anda.



Proses menebar diterangkan dengan baik sekali


"Kandungan CD amat membantu dalam memahami proses pembuatan roti canai. Penerangan secara teks beserta video amat menarik. Langkah demi langkah telah ditunjukkan dengan baik dan proses penebaran diterangkan dengan baik sekali.

Penebar roti canai kali pertama pun dapat mengikuti langkah yang diberikan dan memberikan pemahaman kaedah penebaran yg betul agak roti canai tidak koyak semasa ditebar. tips-tips yang diberikan amat berguna terutama dalam memastikan kelembutan dan kesedapan roti canai yg dibuat.
saya amat berpuas hati dengan CD ini."

Ikhlas dari,
Fazli Izwan
www.minijualan.com





Rahsia Roti Canai Dibongkar Satu Persatu



Bagaimana menghasilkan roti canai yang lembut. Anda hanya perlu tahu bahan-bahan dan _______ yang _______. Anda juga tidak boleh _______ terlalu lama.
Untuk menjadikan roti canai lebih lembut anda perlukan ________. Bahan ini mudah dibeli dipasaraya, namun jarang orang menggunakan dalam pembuatan makanan.
Roti canai segera boleh tahan lebih lama jika anda _______ dengan _______ lebih banyak. Dan roti canai segera anda akan lebih lembut jika anda _______ lebih lama.
Bagaimana menggunakan mesin pengguli agar ia boleh tahan lebih lama walaupun ia buatan China. Menguli tepung menggunakan mesin pengguli mesti ________ _________.
Bagaimana menambahkan keenakkan roti canai anda dengan menambahkan lagi ________ ke dalam adunan.
Untuk menebar doh roti canai dengan lebih besar dan kembang, doh roti canai mestilah ________ _________.
Untuk menjadikan sambal ikan bilis anda lebih sedap. Anda perlu menambahkan ___________ dan __________. Manakala untuk membuat kuah dhall yang sedap, tambah __________.
Kenapa sukatan air dalam pembuatan roti berbeza-beza. Saya akan terang secara terperinci sebab-sebabnya menurut kajian saya sendiri.

Testimonial Dari Pembeli Sebenar


Ini merupakan testimonial dari pembeli yang telah berjaya membuat roti canai.

















Dibawah ini pula testimonial terbaru dari pembeli pakej roti canai yang telah berjaya menjadi peniaga roti canai. Kebetulan Gman menghubungi saya bertanyakan mesin mixer yang baru dibelinya untuk memudahkan bisnes roti canainya. So saya ambil peluang meminta beliau menulis sedikit testimonial seperti dibawah dlm format facebook yang baru.




(Pembelajaran melalui video di dalam DVD yg diposkan ke rumah)







BONUS SPECIAL : EBOOK THOSAI

Ebook ini akan mengajar anda langkah demi langkah membuat thosai yang digemari oleh masyarakat india. Kini masyarakat melayu dan cina turut mengemarinya. Ebook dalam bentuk gambar step by step. Video juga disediakan dalam menunjukkan teknik memasaknya untuk menjadikan thosai anda nipis dan sedap.



 


Pakej ini akan diposkan ke rumah anda

Pakej Lengkap Resepi Roti Canai ini diposkan ke rumah anda menggunakan Pos Laju. Saya akan memberikan Tracking Pos Laju dan anda boleh melihat sendiri perjalanan pakej ini ke rumah anda seperti dibawah. Pastikan ada orang di rumah/office untuk menerima pakej DVD ini. Jika tidak, pihak pos akan tinggalkan kad untuk anda collect sendiri di pejabat pos.


Contoh Tracking Pos Express

Gambar Hiasan

Untuk makluman anda segala gambar kotak, gambar cd dan gambar buku hanyalah gambar hiasan sahaja. Anda akan terima  DVD yang mengandungi kesemua modul dan bonus di dalam laman web ini. DVD akan diposkan ke rumah anda. Yang penting anda akan pandai membuat aneka roti canai, murtabak dan kuah yang sedap.

Berapa harga pakej hebat Ini, Hairul?

Saya yakin ramai yang tidak sabar-sabar memulakan perniagaan roti canai dan murtabak yang menguntungkan ini. Jika anda mengikuti kursus, anda perlu bayar lebih RM200 untuk belajar membuat roti canai sahaja. Di dalam pakej ini, anda akan belajar lebih dari itu. Jadi berapa harga pakej ini?


Harga RM200


Harga RM120


Harga RM80

Baiklah. saya tidak mahu membebankan anda.
Saya berikan harganya serendah RM60.00 sahaja
Untuk ilmu menjana pendapatan seumur hidup.

WOW, hanya RM60.00 sahaja



KLIK DISINI UTK CARA MEMBELI DALAM MALAYSIA







Ikhlas dari,





Mohd Hairul HIssam
Star Creative Center (JM0570510-X)


Kenali saya melalui blog saya di www.hairul.com
Banyak Resepi Best di blog saya di www.hairul.com


Untuk Pertanyaan Dan Bantuan:
Email Saya: soalan@rahsiabun.com
Boleh sms/call saya di no h/p saya: 013-7757915
Waktu Call/SMS ialah dari 11.00 pagi hingga 9.30 malam sahaja
Jika saya tak angkat, mungkin saya berada di luar.
Tinggalkan sms/email dan saya akan reply bila saya balik.



ebook bonus

PERCUMA 3 EBOOK SPECIAL

3 Ebook bergambar ini diberikan percuma
ke email anda pada hari ini juga.
Ruangan email ada dibawah sekali.


Tahukah anda membuat kek batik tidak
memerlukan
oven atau mixer
. Cukup kuali untuk memasak bahannya.
Setelah masak di masukkan ke dalam acuan dan disejukkan.

Potongan buah style hotel ini sangat menceriakan hidangan majlis anda. Barulah gempak majlis anda. Ia menjadikan hidangan anda sungguh menyelerakan dan menyerlah.

Resepi mee goreng mamak ini dari pengalaman saya semasa bekerja di restoran dulu. Memang sedap dan lazat menikmati  mee goreng mamak bersama keluarga.

Dapatkan segera sebelum ditarik balik.
Ebook ini hanya dihantar ke email anda sahaja.
Sila isikan nama pangilan dan alamat email anda.